Wednesday, 16 January 2013

NASIB MEREKA DAN KITA ...


saat mata ini terbaring kuyu,
fikiran hilang..,
sejenak terfikir nasib mereka yang lain..
mereka yang tiada rumah,
mereka yang tiada makanan,
mereka yang sentiasa dicemuh,
mereka yang sentiasa diganggu,
kadang diri ini bingung,
adakah hanya aku yang terfikir hal ini,
adakah hanya aku yang merasa keresahan mereka,
adakah hanya aku yang terlalu obses mendalami mereka ??
atau ...
yang lain sudah hilang pertimbangan
yang lain sudah hilang rasa kasih
yang lain sudah tiada sifat perikemanusiaan??
mungkin juga..
yang lain sibuk menguruskan diri, harta, pangkat ...
hingga lupa lalai serta gelap matanya..
tiada menampakkan nasib mereka yang disana..disini 
dan di merata-rata tempat yang memerlukan tangan,
bukan simpati yang mereka ingin..
hanya sedikit ihsan dalam melihat nasib mereka !!

hasil nukilan,
noor aqilah

No comments:

Post a Comment